Berita Utama

Pakai semula pelitup muka selepas makan: KJ

KKM perhati ramai tidak pakai semula pelitup muka semasa bersembang

KUALA LUMPUR, 15 Rabiulawal 1443H, Jumaat – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengingatkan orang ramai supaya mengenakan semula pelitup muka sejurus selesai makan di restoran.

Beliau berkata, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) Putrajaya mendapati ramai yang meneruskan percakapan tanpa memakai semula pelitup muka seusai makan.

“Peringatan mesra ketika anda dine in, tolong pakai semula pelitup muka selepas anda selesai makan.

“@KKMPutrajaya dapati terlalu banyak contoh orang ramai buka pelitup muka mereka ketika bercakap.

“Bila dah habis makan dan mahu sembang pasca makan, pakai semula pelitup muka. #ReopeningSafely,” ciapnya di laman Twitter, hari ini.

Terdahulu, Khairy turut mengingatkan warga emas untuk mengelakkan kawasan yang sesak dan sentiasa berhati-hati.

“Untuk mengatasi kenaikan indikator utama kemasukan ke hospital, @KKMPutrajaya ingin menasihati warga emas untuk mengelakkan kawasan yang sesak dan berhati-hati ketika menghadiri majlis sosial yang melibatkan penanggalan pelitup muka, misalnya makan di kedai,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button