Berita Utama

40 relawan ISMA Melaka jaya misi bersih rumah akibat banjir di Melaka

Alu-alukan mereka ingin sumbang tenaga sertai aktiviti bersih kawasan terjejas

MELAKA, 16 Rabiulawal 1443H, Sabtu – Kira-kira 40 orang Relawan Muda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka bekerjasama melaksanakan misi bantuan membersihkan 33 buah rumah mangsa yang terjejas akibat banjir di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah.

Yang Dipertua ISMA Melaka Tengah, Dr Khair Razlan berkata, misi pembersihan berkenaan merupakan kali kedua diadakan selepas dilakukan di Taman Kasawari, Durian Tunggal, baru-baru ini.

“Misi bantuan kemanusiaan dengan kerjasama jawatankuasa Surau Al-Firdaus berhampiran melibatkan 33 buah rumah di sekitar kejiranan Bukit Beruang Bestari.

“Kami juga sedang meninjau lagi beberapa lokasi yang memerlukan kerja-kerja pembersihan dan akan menggerakkan lebih ramai Skuad Relawan Muda ISMA (RMI) yang berdaftar bagi melaksanakan misi bantuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam masa sama, Dr Khari berkata, pihaknya diberitahu misi kerja-kerja membersihkan itu masih diperlukan terutama di daerah Ayer Molek.

Katanya, individu atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyumbang tenaga untuk membersihkan rumah-rumah terkesan akibat banjir boleh terus menghubungi Umar di talian 011-3278 2655.

Malah, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh ke akaun Maybank ISMA MELAKA TENGAH 5541 2910 1743 (Rujukan: banjir).

Sehingga kini, jumlah mangsa banjir di Melaka terus meningkat kepada 758 orang daripada 198 keluarga di tiga daerah di Melaka.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button