Berita UtamaDunia

COVID-19 merebak ke Pulau Selatan New Zealand selepas setahun

Sekatan ketat ditamatkan selepas 90 peratus penduduk diberi vaksin penuh

AUCKLAND, 16 Rabiulawal 1443H, Sabtu – New Zealand melaporkan 104 kes baharu coronavirus pada Sabtu, termasuk kes komuniti pertama virus berkenaan di Pulau Selatan negara itu dalam tempoh hampir setahun, kata pihak berkuasa.

Sebilangan besar jangkitan baharu dilaporkan di Auckland – bandar terbesar di New Zealand yang di bawah sekatan pergerakan yang ketat selama lebih dua bulan.

Kelonggaran sekatan berlaku di sebahagian besar negara yang memiliki lima juta penduduk itu.

Risiko penularan daripada kes yang dilaporkan di Blenheim, di timur laut Pulau Selatan, masih rendah, kata pegawai kesihatan, dengan individu yang kemungkinan berada pada tahap akhir jangkitan.

“Setakat ini, temu bual kes awal mengenal pasti sebilangan kecil kenalan rapat, yang telah dihubungi dan kini sedang mengasingkan diri dengan ujian diatur,” kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.

Semalam, Perdana Menteri, Jacinda Ardern berkata, New Zealand akan menamatkan langkah sekatan ketatnya dan mengembalikan lebih banyak kelonggaran apabila 90 peratus penduduk yang layak diberi vaksin sepenuhnya.

Hari ini sebanyak 70 peratus direkodkan daripada golongan yang layak diinokulasi sepenuhnya.

Jumlah kes semasa mencecah 2,492 dan New Zealand telah merekodkan 28 kematian berkaitan coronavirus setakat ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button