Pendapat
Doa Rasulullah SAW saat kebimbangan
Jadikan Allah SWT sebagai tempat pergantungan pada setiap keadaan

SAIDINA Anas bin Malik menceritakan bahawa Rasulullah SAW itu apabila melalui saat-saat kesusahan atau kebimbangan, maka Baginda akan memohon bantuan dari Allah SWT dengan mengucapkan:
يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ
“Wahai Yang Maha Hidup, Yang terus menerus mengurus, maka dengan Rahmat-Mu aku memohon bantuan.” (HR al-Tirmizi)
Hadis ini mengingatkan kita bagaimana Rasulullah SAW mendidik para sahabat sentiasa menjadikan Allah SWT sebagai tempat pergantungan pada setiap keadaan.
Dr Ahmad Sanusi Azmi
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.