Berita UtamaDunia

Hamas kecam Israel senaraikan 6 kumpulan hak asasi Palestin sebagai pengganas

Sangat provokatif, beri kuasa kepada rejim rampas aset

GAZA, 17 Rabiulawal 1443H, Ahad – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengecam keras tindakan rejim pengganas Israel menyenaraikan enam kumpulan hak asasi manusia Palestin sebagai ‘pengganas’.

Hamas menyifatkan langkah itu sebagai ‘perang’ menentang ‘kewujudan Palestin.’

Antara kumpulan yang disenarai ialah Addameer, al-Haq, Pertahanan untuk Anak Palestin, Kesatuan Jawatankuasa Kerja Pertanian, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Bisan, dan Kesatuan Jawatankuasa Wanita Palestin.

Menurut agensi berita Wafa, keputusan itu akan memberi kuasa kepada rejim secara efektif melarang kegiatan kumpulan hak asasi ini, menutup pejabat, merampas aset dan menangkap serta memenjarakan kakitangan mereka.

Selain itu, Tel Aviv juga akan melarang pembiayaan atau sokongan secara terbuka terhadap aktiviti kumpulan itu.

Kementerian negara haram Israel dilaporkan mendakwa, kumpulan itu mempunyai hubungan dengan Popular Front for the Liberation of Palestine (PLFP), sebuah gerakan Palestin, yang didakwa menyalurkan bantuan kepada kumpulan anti-Israel.

Jumaat lalu, jurucakap Hamas, Hazem Qassem mengecam keras keputusan yang dianggap sangat provokatif sambil memberi amaran ia seolah peperangan terhadap Palestin.

“Keputusan menteri Zionis mengklasifikasikan institusi hak asasi manusia, sosial dan pembangunan nasional sebagai organisasi pengganas, adalah bentuk perang terhadap kewujudan Palestin,” kata pejabat Hamas itu. 

Tindakan negara penjajah Israel turut mendapat kritikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan pemerhati hak asasi manusia. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button