Berita Utama

Jangan mudah tertipu agenda ‘marketing’ Freemason

Anggota keselamatan perlu didedahkan dengan strategi musuh

BANGI, 17 Rabiulawal 1443H, Ahad – Pihak berkuasa diingatkan supaya tidak ‘lurus bendul’, sebaliknya perlu lebih berhati-hati dengan strategi musuh.

Saranan disuarakan Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin susulan tindakan pihak polis menerima sumbangan 5,000 pelindung muka daripada pertubuhan Freemason yang diwakili Persatuan Kebajikan Bintang Utara.

Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid menegaskan, tidak menjadi sebarang masalah bagi polis menerima sumbangan pelindung muka daripada pertubuhan Freemason.

Menurutnya, tidak ada sebab untuk menghalang pertubuhan itu menghulurkan sumbangan kepada pihak polis dalam menjalankan tugasan harian.

Katanya, pihak polis mengalu-alukan sumbangan daripada sesiapa sahaja untuk bersama-sama mengekang penularan wabak COVID-19.

“Bagi sumbangan pelindung muka kepada polis tidak ada salahnya, bukan kita ikut fahaman dia (Freemason),” katanya.

Sehubungan itu, Dr Zainur Rashid berpandangan bahawa pegawai kerajaan dan terutamanya anggota keselamatan seperti pegawai PDRM perlu didedahkan dengan strategi musuh.

“Freemasons adalah terang-terang musuh kepada umat Islam di dunia antarabangsa dan kita tidak boleh tertipu dengan agenda ‘marketing’ mereka seolah-olah nak berbuat kebajikan, sedangnya bersamanya ada agenda jahat terhadap umat dan negara.

“Jangan ‘lurus bendul’! Musuh punyai strategi,” kata pemerhati politik itu menerusi satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini laporan mengenai sumbangan mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button