Tarbiyah

Maksud akhlak Nabi adalah al-Quran

Keredaan, kemarahan Rasulullah ﷺ berteras apa yang digariskan dalam al-Quran

SA’D bin Hisham bin Amir telah datang ke Madinah dan bertemu dengan Saidatina Aisyah dan bertanya:

يَا أُمَّ المُؤمِنِينَ ! أَنبئِينِي عَن خُلُقِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ ؟
“Wahai Ummul Mukminin, ceritakan kami tentang akhlak Rasulullah ﷺ.”

2. Lalu Aisyah menjawab dan bertanya kepadanya: “Apakah engkau tidak membaca al-Quran?” Sa’d menjawab: Bahkan aku membacanya. Lalu Aisyah berkata:

قَالَت : فَإِنَّ خُلُقَ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ كَانَ القُرآنَ .
“Sesungguhnya akhlak Nabi ﷺitu adalah al-Quran.” (HR Muslim)

3. Menurut al-Imam al-Nawawi, yang dimaksudkan dengan akhlak Nabi itu adalah al-Quran ialah:

العمل به ، والوقوف عند حدوده ، والتأدب بآدابه ، والاعتبار بأمثاله وقصصه ، وتدبره ، وحسن تلاوته
“(Iaitu Baginda) Beramal dengan al-Quran, berhenti disempadan yang ditetapkan, beradab dgn adab al-Quran, mengambil iktibar darinya, bertadabbur dan tilawah yg baik.” (Sharh Muslim)

4. Manakala menurut Ibn Rajab pula, yang dimaksudkan dengan akhlak al-Quran itu ialah keredaan dan kemarahan Rasulullah ﷺ adalah berteraskan kepada apa yang telah digariskan dalam al-Quran. Kata beliau:

يعني أنه كان يتأدب بآدابه ويتخلق بأخلاقه ، فما مدحه القرآن كان فيه رضاه ، وما ذمه القرآن كان فيه سخطه
Iaitu Baginda beradab dengan adab al-Quran, berakhlak dengan panduan al-Quran, maka apa sahaja yang dipuji oleh Allah dalam al-Quran maka itulah keredaan Baginda, dan apa sahaja yang dikeji oleh al-Quran, maka itulah kemarahan Baginda. (Jami’ Ulum wa al-Hikam)

5. al-Qadhi Iyad pula menjelaskan bahawa akhlak Nabi adalah setiap panduan yang boleh didapati dalam al-Quran. Kata beliau:

أي خلقه كان جميع ما حصل في القرآن ، فإنَّ كُلَّ ما استحسنه وأثنى عليه ودعا إليه فقد تحَلَّى به
“Iaitu akhlak Baginda itu adalah setiap apa yang dihimpunkan di dalam al-Quran. Apa sahaja yang dinilai baik, dipuji dan diseru oleh al-Quran, maka Rasulullah ﷺ akan menghiasi dirinya dengan perkara tersebut.” (al-Shifa)

6. Oleh yang demikian, setiap panduan dan bimbingan Allah mengenai sifat amanah, memperjuangkan keadilan, ketegasan dalam hukum, bersifat berani dan menyantui seluruh makhluk, maka itulah akhlak Rasulullah ﷺ.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Artikel ini telah disiarkan terlebih dahulu di Facebook penulis.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button