Berita UtamaDunia

Orang awam terbunuh bom tepi jalan meletup di Afghanistan

Pengganas lancar serangan cetus keraguan cara Taliban jaga keamanan

KABUL, 17 Rabiulawal 1443H, Ahad – Sekurang-kurangnya dua orang awam termasuk seorang kanak-kanak terbunuh dalam serangan bom tepi jalan yang menyasarkan kenderaan Taliban di timur Afghanistan.

Dalam insiden itu, sekurang-kurangnya empat yang lain cedera.

Ketua Polis Daerah, Ismatullah Mubariz berkata, dua bom diletupkan ketika kenderaan Taliban sedang melalui kawasan tersebut dan membunuh seorang kanak-kanak.

Katanya lagi, tiada pejuang Taliban yang cedera.

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu tetapi kumpulan pengganas aktif di wilayah timur Nangarhar, di mana sering melancarkan serangan yang menyasarkan Taliban.

Pegawai hospital tempatan berkata, dua mayat dan empat orang awam yang cedera telah dipindahkan ke hospital selepas serangan itu.

Kebelakangan ini, kumpulan pengganas telah menunjukkan tanda-tanda pengembangan di Afghanistan, dengan serangan di utara, selatan dan ibu kota Kabul.

Keupayaan kumpulan itu untuk melancarkan serangan yang kerap menimbulkan keraguan terhadap kemampuan Taliban dalam menjaga keamanan dan kestabilan di negara yang diperangi itu.

Minggu lalu, kumpulan pengganas mengaku bertanggungjawab atas pengeboman berani mati di masjid Syiah di selatan Afghanistan yang mengorbankan 47 orang.

Serangan itu adalah paling mengerikan sejak keluarnya Amerika Syarikat (AS) secara dramatik dari negara itu, yang membolehkan Taliban merampas kawalan ibu kota Afghanistan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button