Dunia

Ketua PBB lantik Heyzer dari Singapura sebagai utusan khas ke Myanmar

Heyzer menggantikan Christine Schraner Burgener dari Switzerland

NEW YORK, 19 Rabiulawal 1443H, Selasa – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) António Guterres pada Isnin melantik Noeleen Heyzer dari Singapura sebagai utusan khasnya yang baharu ke Myanmar, kata pejabat akhbarnya.

Heyzer menggantikan Christine Schraner Burgener dari Switzerland, menurut Xinhua.

Heyzer ialah ahli Lembaga Penasihat Peringkat Tinggi Setiausaha Agung PBB mengenai Pengantaraan. Beliau merupakan wanita pertama yang berkhidmat sebagai setiausaha eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB untuk Asia dan Pasifik dari 2007-2014.

Beliau pernah berkhidmat sebagai penasihat khas setiausaha agung PBB ke Timor-Leste dari 2013 hingga 2015. Pada 2008-2009, beliau bekerjasama erat dengan ASEAN, kerajaan Myanmar dan PBB dalam usaha pemulihan selepas Taufan Nargis dan mengetuai dialog dengan pemimpin Myanmar mengenai pembangunan dan pengurangan kemiskinan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button