Berita Utama

Kerajaan Negeri Sembilan minta pertimbang beri dos penggalak pada EXCO, ADUN

Permintaan kerana wakil rakyat sering berurusan dengan rakyat setiap masa

SEREMBAN, 20 Rabiulawal 1443H, Rabu – Dos penggalak vaksin COVID-19 diharap dapat diberikan kepada barisan EXCO kerajaan negeri dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata, permintaan pemberian dos penggalak oleh kerajaan negeri itu perlu memandangkan wakil rakyat sering berurusan dengan rakyat setiap masa.

“Sebahagian besar Ahli Parlimen sudah pun menerima dos penggalak justeru di peringkat negeri kita bercadang supaya EXCO turut menerima dos berkenaan demi menjamin keselamatan bersama.

“Ini kerana tugas wakil rakyat sentiasa bertemu dengan masyarakat, sekali gus ia menjamin keselamatan dan beri perlindungan yang lebih baik kepada kita semua,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Beliau berkata, permintaan itu diusulkan dalam mesyuarat EXCO pada hari ini.

Sementara itu, beliau memaklumkan, sehingga kini seramai 3,442 individu yang terdiri daripada petugas barisan hadapan telah menerima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 sejak 22 Oktober lepas.

Katanya, selain barisan hadapan, individu warga emas yang berusia 60 tahun ke atas juga akan diberi dos penggalak ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button