Berita UtamaDunia

Penduduk Palestin demontrasi tanda solidiriti pada tahanan mogok lapar

Tuntut pentadbiran penahanan dihapuskan segera

 

GAZA, 20 Rabiulawal 1443H, Rabu – Penduduk Palestin mengadakan demontrasi sebagai tanda solidariti terhadap tujuh tahanan mogok lapar di penjara negara haram Israel.

Demonstrasi yang dianjurkan Suruhanjaya Tahanan dan bekas Tahanan Palestin diadakan di ibu pejabat Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), semalam.

Mereka menggesa pembebasan segera terhadap tujuh tahanan sambil memegang sepanduk bertulis ‘Pentadbiran Penahanan adalah Jenayah’ dan ‘Hentikan Pentadbiran Penahanan’

Pentadbiran penahanan didakwa polisi kejam yang membolehkan rakyat Palestin ditahan selama-lamanya berdasarkan maklumat rahsia tanpa dikenakan pertuduhan atau dibicarakan.

Antara banduan yang terbabit dengan mogor lapar ialah Kayed Fasfous yang telah memasuki hari ke-103 ditahan diikuti Miqdad Qawasmeh, 94 hari, Alaa Aaraj 79 hari, Hesham Abu Hawwash 70 hari.

Selain itu Shadi Abu-Akr, 62 hari, Ayyad Hureimi 31 hari dan Rateb Harebat, 16 hari ditahan.

Bagaimanapun Kayed dan Miqdad dipindahkan ke hospital berikutan berdepan masalah kesihatan dan dehidrasi yang serius.

Kedua-dua banduan itu menuntut kebebasan kerana bukti yang didakwa terhadap mereka masih dirahsiakan.

Lebih menyedihkan peguam tidak dibenarkan melawat merekq, menurut Jawatankuasa Banduan, sebuah kumpulan aktivis yang menyokong banduan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button