Berita UtamaDunia

Tentera laut Israel rampas, musnah bot nelayan Palestin

Profesion nelayan dianggap bahaya kerana serangan berterusan pengganas Israel

GAZA, 20 Rabiulawal 1443H, Rabu – Tentera laut negara haram Israel merampas dua bot nelayan di luar pantai Gaza dan memusnahkan bot ketiga milik nelayan Palestin, hari ini.

Menurut Ketua Sindiket Nelayan, Nizar Ayyash, kedua-dua bot nelayan yang dirampas itu dimiliki oleh nelayan Abdullah Al-Bardaweel.

Manakala yang musnah dimiliki Mohammad Al-Bardaweel, kata Ayyash, sambil memaklumkan bahawa tentera laut Israel turut menghancurkan lampu dan peralatan lain yang digunakan untuk menangkap ikan.

Mengulas lanjut, Ayyash memberitahu bahawa serangan tentera laut Israel ke atas nelayan Palestin tidak berhenti, dengan menyatakan bahawa serangan itu dilakukan kira-kira tujuh batu nautika dari pantai.

Menurut Persatuan Nelayan Palestin di Gaza, terdapat kira-kira 4,000 nelayan bekerja di sektor perikanan Gaza, yang menjaga kira-kira 50,000 orang tanggungan.

Profesion itu telah dianggap berbahaya oleh pertubuhan hak asasi manusia ekoran gangguan rejim pengganas Israel terhadap nelayan di laut.

Pada tahun lalu sahaja, tentera pendudukan Israel menyerang nelayan Palestin di luar pantai Semenanjung Gaza sekurang-kurangnya 320 kali, lapor Kesatuan Jawatankuasa Kerja Pertanian (UAWC) melaporkan.

Ia mencatatkan 63 serangan lebih banyak berbanding tahun sebelumnya.  

Negara penjajah Israel juga menutup kawasan nelayan selama 16 hari pada bulan Ogos. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button