Berita Utama

10 cadangan utama BERJASA kepada kerajaan dalam pembentangan Bajet 2022

RM200 juta diperuntukkan untuk bantu sekolah tahfiz, sekolah pondok dan sekolah agama rakyat

10 tuntutan utama yang kami cadangkan kepada kerajaan untuk diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 petang esok.

Tuntutan ini telah diserahkan kepada Timbalan Menteri Kewangan I tempoh hari.

1. Peruntukan khas untuk menaiktaraf dan menambah pusat internet di kawasan kampung dan pedalaman.

2. Meningkatkan jumlah keseluruhan belanjawan untuk Kementerian Kesihatan kepada RM60 bilion daripada RM32 bilion untuk semua aspek kesihatan termasuklah pelan kesiapsiagaan pandemik, fasiliti kesihatan dan penyelidikan.

3. Program Subsidi Upah untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dinaikkan kepada RM1,000 sebulan. Termasuk sektor pelancongan dan peruncitan. Ini bagi mengelakkan pemberhentian pekerja dan mengalakkan pengambilan pekerja baharu.

4. Insentif Kad Siswa dinaikkan daripada RM250 kepada RM700 untuk mahasiswa secara bersasar di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta untuk meringankan beban pelajar.

5. Menyediakan dana khas melalui Kementerian Pelancongan untuk membaikpulih bangunan warisan sejarah agar tetap kekal terpelihara seterusnya menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

6. Bantuan Rakyat Wibawa (BRW) untuk isi rumah berpendapatan RM2,501-RM4,000 terima RM2,000, manakala isi rumah berpendapatan RM4,001-RM5,000 terima RM1,000.

7. Moratorium bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan diteruskan kepada semua individu tanpa mengira golongan B40, M40 atau T20.

8. Mencadangkan pelaksanaan Cukai Keuntungan Luar Biasa (‘Windfall tax’) terhadap syarikat berkeuntungan besar terutama di musim pandemik yang memperlihatkan keuntungan berkali ganda.

9. Pemberian dana berjumlah RM200 juta diperuntukkan untuk bantuan kos operasi sekolah tahfiz, sekolah pondok berdaftar dan sekolah agama rakyat.

10. Memperuntukkan dana dan geran khas teknologi pendigitalan sistem pengurusan ladang bertujuan memperbaiki kecekapan pengurusan ladang dan membendung ketirisan terutamanya dalam pemberian subsidi pertanian.

Kita sama-sama berdoa moga Bajet 2022 yang akan diumumkan Tengku Zafrul esok adalah yang terbaik dan memberikan sinar harapan buat seluruh rakyat untuk bangkit semula pasca pandemik ini.

Ustaz Zamani Ibrahim
Presiden BERJASA

Home

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button