Berita Utama

Petisyen ‘Jangan Kuburkan Kes Adib’ terus dapat sambutan

Berjaya himpun 22,503 tandatangan selepas lima hari dilancarkan

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 30 Safar 1443H, Khamis – Petisyen ‘Jangan Kuburkan Kes Adib’ yang dilancarkan sejak Sabtu lalu terus mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sehingga 4.00 petang tadi, petisyen yang dilancarkan sebagai tanda solidariti rakyat negara ini berjaya menghimpunkan 22,503 tandatangan.

Petisyen berkenaan dilancarkan oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) supaya kepimpinan negara mengambil cakna dengan kekecewaan dan kemarahan rakyat dalam kes ini.

Terdahulu, PEMBELA menzahirkan rasa kecewa berhubung kes berkenaan yang ditutup dan hanya akan dibuka semula jika terdapat bukti baharu.

Selain itu, kenyataan yang dikeluarkan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin juga menimbulkan persoalan sama ada siasatan masih diteruskan untuk mendapat bukti baharu atau sekadar menunggu mana-mana pihak membuat laporan.

Sebelum ini, Zuraida berkata, kerajaan akan memberi fokus terhadap keperluan keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Walhal, sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan 18 individu telah dituduh dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan perbicaraan dilaporkan tamat pada 23 September lalu.

Dua tertuduh telah dituduh di bawah Seksyen 427 iaitu khianat dan dikenakan denda RM7,000 setiap seorang.

“Polis Diraja Malaysia juga telah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara berkenaan 12 suspek yang turut ditahan berkaitan kes ini untuk arahan selanjutnya,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button