Berita UtamaDunia

Kesatuan Afrika gantung Sudan ekoran rampasan kuasa tentera

Kembalikan kerajaan peralihan yang menyatukan tentera dan penjawat awam

ADDIS ABABA, 21 Rabiulawal 1443H, Khamis – Kesatuan Afrika, hari ini menggantung Sudan daripada semua aktiviti kesatuan itu, lapor Agensi Berita Anadolu.

Keputusan itu akan kekal berkuat kuasa sehingga pengembalian semula Kerajaan Peralihan Sudan yang dibentuk lebih dua tahun lalu selepas penyingkiran bekas Presiden, Omar Al-Bashir.

Dalam satu kenyataan, Majlis Politik, Keamanan dan Keselamatan Afrika (PAPS) menggesa pengembalian semula kerajaan peralihan yang menyatukan kedua-dua pegawai tentera dan penjawat awam.

Menyambut pembebasan Perdana Menteri, Abdalla Hamdok ia menyeru sayap tentera yang diketuai Jeneral Abdel Fattah Al-Burhan supaya membebaskan anggota Kabinet yang ditahan dan pegawai awam lain.

Pada hari Isnin, tentera Sudan mengumumkan keadaan darurat, membubarkan majlis kedaulatan peralihan dan kerajaan, beberapa jam selepas menahan Hamdok dan menteri dalam kerajaan.

Terkejut dengan pengambilalihan tentera, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan banyak negara telah menggesa supaya negara itu dikembalikan kepada kerajaan peralihan yang dijangka berakhir dengan pilihan raya kebangsaan.       

Selepas rampasan kuasa tentera yang gagal bulan lalu, ketegangan yang mendalam meletus antara tentera dan pentadbiran awam di Sudan di tengah-tengah protes saingan, baru-baru ini.

Sebelum pengambilalihan tentera, Sudan ditadbir oleh Majlis Berdaulat pihak berkuasa tentera dan awam, yang mengawasi tempoh peralihan sehingga pilihan raya yang dijadualkan pada 2023 sebagai sebahagian daripada pakatan perkongsian kuasa yang tidak menentu antara tentera dan gabungan Forces for Freedom and Change. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button