Berita Utama

Warga asing pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang dibenar masuk Malaysia

Prosedur kemasukan masih tertakluk kepada peraturan Imigresen sedia ada

KUALA LUMPUR, 21 Rabiulawal 1443H, Khamis – Warga asing pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang di Malaysia dibenar masuk ke negara ini tanpa perlu kelulusan Imigresen melalui sistem MyTravelPass/MyEntry, berkuat kuasa 1 November ini dengan syarat mempunyai pas yang sah.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, perkara berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Bilangan 60 Tahun 2021 (Siri 22) pada 22 Oktober lepas.

Beliau berkata, Pas Lawatan Jangka Panjang yang dibenarkan masuk ke Malaysia tanpa perlu memohon melalui MTP/MyEntry adalah Diplomat (Exemption Order)/ Tanggungan/ Pembantu Rumah Asing, Pas Penggajian (Kategori I,II,III)/ Tanggungan/ Pembantu Rumah Asing, Pas Residen-Talent (RP-T)/ Tanggungan/ Pembantu Rumah Asing, Pas Lawatan Ikhtisas – Pakar dan Pas Lawatan Ikhtisas.

Selain itu, Pemastautin Tetap (PR)/ Pasangan kepada PR/ Anak kepada PR, Pas Jangka Panjang (suami/ isteri/ anak) kepada Warganegara, Pas Warga Emas, Pas Balu/ Janda kepada Warganegara, Pas Pelajar/ Tanggungan/ Pengiring, Pas Malaysia My Second Home/ Tanggungan/ Pembantu Rumah Asing, Pas Residen, Pas Lawatan Kerja Sementara dan Pembantu Rumah Asing.

“Warganegara asing yang bukan di bawah kategori yang dinyatakan masih perlu memohon melalui sistem MTP/MYEntry untuk kebenaran masuk ke Malaysia iaitu Lawatan Sosial, Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang yang telah tamat tempoh.

“Ia diikuti Permohonan Pas Penggajian (Kategori I,II,III)/ Pas Residen-Talent (RP-T)/ Tanggungan/ Pembantu Rumah Asing dan Pas Lawatan Ikhtisas – Pakar yang baru diluluskan serta Short Term Business Traveller,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, prosedur kemasukan semasa ketibaan di Malaysia masih tertakluk kepada peraturan Imigresen sedia ada yang masih berkuat kuasa serta prosedur saringan kesihatan dan kuarantin oleh Kementerian Kesihatan (KKM). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button