Berita Utama

Arak ‘Timah’: Tukar nama saja, ingatkan nak haram terus – Netizen

Anggap tindakan pihak pertahankan jenama 'Timah' sebagai jenaka

BANGI, 22 Rabiulawal 1443H, Jumaat – Kecoh di media sosial selepas pengeluar arak jenama ‘Timah’ memohon tempoh seminggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah, bagi menukar nama serta imej pada label produk keluaran syarikat itu.

Tinjauan Ismaweb.net di laman sosial mendapati, rata-rata netizen mempertikaikan mengapa isu nama yang diberi perhatian sedangkan ramai yang menanti masa untuk kerajaan mengharamkan minuman keras di negara ini.

“Ingatkan kerajaan nak haramkan terus arak. Tukar nama saja?” demikian kata Farra Heeda Abdul Ghaffar.

“Kenapa lebih fokus nak tukar nama saja. Itu arak tetap arak dan tetap haram diluluskan di sebuah negara Islam,” itu pula kata Abdul Aziz Daud.

“Tak perlu tukar nama. Tutup terus kilang itu. Memalukan negara saja yang Malaysia ini negara Islam,” kata Kamarudin Abd Hamid.

Sementara pengguna media sosial dikenali sebagai Emelia Mohd Amin menganggap tindakan pihak tertentu mempertahankan penggunaan jenama Timah sebagai isu jenaka.

“Patutnya haramkan terus arak dari Malaysia. Ini nak pertahankan sekadar nama. Macam lawakkan,” katanya.

Sebelum ini, penggunaan jenama ‘Timah’ pada arak keluaran tempatan itu menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan umat Islam serta turut dibincangkan dalam Sidang Dewan Negara.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button