Berita UtamaDunia

Jepun kecam rancangan penempatan haram Israel

Gesa batalkan tender, beku sepenuhnya aktiviti pendudukan

RAMALLAH, 22 Rabiulawal 1443H, Jumaat – Jepun mengecam rancangan negara pengganas Israel untuk membina kira-kira 1,300 unit rumah peneroka haram di wilayah yang diduduki, termasuk timur Baitulmaqdis.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, aktiviti pendudukan Israel bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa bahkan melemahkan daya maju ‘penyelesaian dua negara.’

“Kerajaan Jepun amat kesal dengan aktiviti pendudukan berterusan oleh kerajaan Israel walaupun berulang kali menggesa untuk membekukan aktiviti sedemikian dari Jepun dan masyarakat antarabangsa,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, Jepun menggesa Israel untuk membatalkan tender pembinaan penempatan.

“Menyatakan keperluan membina keyakinan antara Israel dan Palestin serta usaha ke arah meredakan ketegangan dan menstabilkan rantau itu, Jepun menggesa kerajaan Israel untuk membatalkan tender dan kelulusan pelan pembinaan yang dinyatakan serta membekukan sepenuhnya aktiviti pendudukan,” katanya.

Difahamkan, Jawatankuasa Perancangan Pihak Pentadbiran Sivil Israel memberikan kelulusan akhir untuk membina 1,800 unit kediaman dan memberikan sokongan awal ke atas pembinaan 1,344 unit kediaman lagi di Tebing Barat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button