Berita Utama

Mangsa banjir di Kedah meningkat

Dua PPS baharu dibuka di Baling

ALOR SETAR, 22 Rabiulawal 1443H, Jumaat – Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 239 orang daripada 63 keluarga setakat 8 pagi tadi berbanding 216 mangsa daripada 55 keluarga petang semalam, yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah berkata, dua PPS baharu telah dibuka di Baling malam tadi bagi menempatkan 47 mangsa daripada 16 keluarga ekoran hujan lebat di daerah itu petang semalam.

Seramai 26 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari yang dibuka pada 9 malam manakala 21 mangsa daripada lapan keluarga berlindung di PPS SK Siong yang dibuka jam 10.25 malam.

“Selain itu, dua PPS di Baling yang ditutup sepenuhnya semalam turut dibuka semula bagi menempatkan mangsa yang terjejas banjir disebabkan hujan lebat pada sebelah petang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, PPS Dewan Orang Ramai Banggol Derom dibuka semula pada 11.45 malam bagi menempatkan 46 mangsa daripada 11 keluarga manakala SK Titi Gantung dibuka jam 2.10 pagi tadi yang menempatkan sembilan mangsa daripada dua keluarga.

Katanya, satu lagi PPS di Baling iaitu SK Bandar yang menempatkan 12 mangsa daripada dua keluarga telah ditutup semalam.

Sementara itu, di daerah Pendang seramai 137 mangsa daripada 34 keluarga masih berada di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah yang dibuka sejak 24 Oktober lepas. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button