Berita UtamaDunia

80 peratus kanak-kanak Gaza alami tekanan psikologi

Sekatan pengganas Israel punca dua pertiga rakyat Palestin jadi pelarian

GAZA, 8 Zulhijjah 1444H, Selasa – Lapan daripada 10 kanak-kanak di Semenanjung Gaza berdepan tekanan psikologi akibat sekatan rejim pengganas Israel ke atas wilayah terkepung itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Mental Gaza, Dr Yasser Abu Jameh mendedahkannya menerusi kajian dan penyelidikan yang menunjukkan kesan psikologi terhadap penduduk di Gaza.

Malah, Save the Children – sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa – tahun lalu mendedahkan secara majoriti atau 80 peratus kanak-kanak di Gaza mengalami masalah mental.

Selain itu, dua pertiga daripada ibu bapa Gaza mengaku tidak mampu memberi sokongan kepada anak-anak mereka dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Menurut Dr Abu Jameh, masyarakat Palestin di Semenanjung Gaza yang terkepung juga berdepan masalah lain – terutamanya sekatan Israel – sekali gus menyebabkan dua pertiga daripada rakyat menjadi pelarian.

Selain itu, hampir separuh daripada mereka menganggur, situasi berkenaan sekali gus menunjukkan mereka berdepan realiti tekanan yang kuat.

Beberapa statistik terbaharu menunjukkan lebih daripada 200,000 rakyat di Semenanjung Gaza dan sekurang-kurangnya generasi ke-10 berdepan tekanan dan mencapai tahap gangguan mental yang sederhana dan teruk.

“Statistik ini adalah selari dengan laporan antarabangsa yang mengesahkan kira-kira 10 peratus penduduk di kawasan yang terdedah kepada krisis kemanusiaan atau akibat peperangan mengalami penyakit mental sederhana hingga teruk,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button