Berita Utama

Bayaran balik PTPTN dengan diskaun boleh dibuat ikut saluran disediakan

Penyelesaian penuh pinjaman perlu dapat pengesahan baki hutang

KUALA LUMPUR, 23 Rabiulawal 1443H, Sabtu – Pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan diskaun yang diumumkan oleh kerajaan bermula 1 November ini boleh dibuat menerusi beberapa saluran disediakan.

PTPTN menerusi kenyataan hari ini menyatakan, peminjam yang ingin membuat pembayaran melalui potongan gaji atau debit terus perlu membuat permohonan secara dalam talian di laman web https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline/ untuk pemotongan gaji, manakala https://www.ptptn.gov.my/direct_debit/direct_debit.html untuk debit terus.

ā€œInsentif diskaun akan dikemaskini dalam akaun pinjaman peminjam pada akhir setiap bulan dan peminjam boleh membuat semakan penyata masing-masing mulai tujuh haribulan pada bulan berikutnya,ā€ menurut kenyataan itu.

Selain itu, peminjam yang mahu membuat penyelesaian penuh pinjaman atau bayaran balik sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran perlu mendapatkan pengesahan baki hutang melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN mulai 1 November.

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November hingga 30 April 2022 dalam pembentangan Bajet 2022.

Ia meliputi diskaun sebanyak 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman dan diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran serta diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button