Berita UtamaDunia

Taliban hantar 2 utusan mudahkan urusan rakyat di Pakistan

Tiada gelaran rasmi duta berikutan Pakistan tak iktiraf kerajaan Taliban

 

KABUL, 23 Rabiulawal 1443H, Sabtu – Kerajaan Afghanistan menghantar dua utusan baharu di kedutaannya di ibu negara Pakistan, kata sumber Taliban ketika pentadbiran baru mengambil alih rangkaian delegasi asing.

Mohammad Shokaib telah dilantik sebagai Setiausaha Pertama di kedutaan berkenaan selepas pengunduran Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan pada Julai lalu.

Walaupun Pakistan tidak mengiktiraf kerajaan baru Taliban, namun kedatangan Shokaib yang tidak membawa gelaran rasmi sebagai duta akan bertanggungjawab ke atas kedutaan berkenaan dan memberi kemudahan kepada rakyat Afghanistan di negara itu.

Jurucakap Kementerian Luar Pakistan memaklumkan, pelantikan berkenaan berperanan dalam memastikan kelancaran fungsi konsulat bagi membantu jutaan pelarian Afghanistan yang berdepan masalah visa di Pakistan.

Selain itu, dua pegawai turut dilantik bagi mengendalikan konsulat di dua bandar Pakistan iaitu Quetta dan Peshawar – dua sempadan berhampiran dengan Afghanistan.

“Kami memahami Pakistan tidak mengiktiraf sebagai sebuah kerajaan yang sah namun kehadiran pegawai berkenaan bagi menguruskan peraturan demi memudahkan kemudahan awam rakyat kami,” kata pegawai kanan Taliban yang enggan mendedahkan nama.

Dalam masa sama, dua lagi pegawai Taliban mengesahkan pelantikan sama turut dilakukan di Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sehingga kini, tiada pengiktirafan rasmi terhadap kerajaan Taliban, yang berjaya mengambil alih pentadbiran di Kabul Ogos lalu, dengan kebanyakkan kedutaan Afghanistan kini masih dikendalikan oleh lantikan kerajaan terdahulu, yang kebanyakan menentang pentadbiran Taliban. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button