Berita Utama

Tidak perlu kelulusan kerajaan negeri, PDRM masuk ke Sabah mulai Isnin

Patuhi syarat lengkap terima vaksin, keputusan ujian RTK negatif

KOTA KINABALU, 23 Rabiulawal 1443H, Sabtu – Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah hari ini memutuskan, tiada lagi keperluan mendapatkan kelulusan kemasukan daripada kerajaan negeri Sabah dan Polis Diraja Malaysia untuk mereka bukan berasal dari Sabah bermula Isnin ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, sehubungan itu hanya dua syarat yang perlu dipatuhi bagi kemasukan ke Sabah iaitu lengkap menerima vaksin COVID-19 dan keputusan ujian saringan Rapid Test Kit (RTK) negatif.

Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata, langkah berkenaan selaras dengan keputusan kerajaan negeri membenarkan rentas negeri bermula Isnin depan.

“Kemaskini SOP (prosedur operasi standard) akan diumum kemudian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 13 Oktober lepas, Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor dilaporkan sebagai berkata, kerajaan negeri bersetuju membenarkan rentas negeri berkuat kuasa Isnin ini, dan kemasukan ke Sabah meliputi lawatan sosial dan pelancongan adalah dibenarkan dengan beberapa syarat. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button