Berita UtamaIstimewa

Dakwa isu arak ‘Timah’ sandiwara, MCA tak faham Melayu Islam

Mengecewakan! Bukan baru dalam arena politik tapi tak kenal identiti negara

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 24 Rabiulawal 1443H, Ahad – Dakwaan MCA bahawa kontroversi melibatkan arak jenama ‘Timah’ di negara ini sebagai sandiwara politik nyata sesuatu yang mengecewakan.

Malang parti yang turut serta dalam perjuangan membangunkan negara ini sejak dari mencapai kemerdekaan lagi gagal memahami cita rasa dan identiti orang Melayu Islam sebagai penduduk majoriti.

Pemerhati politik, Ustaz Haji Omar Kassim menyifatkan kenyataan MCA itu sebagai tidak rasional dengan kemarahan umat Islam terhadap isu yang dianggap sebagai sensitif ini.

“Sandiwara politik, di mana? Sepatutnya rasional dengan kemarahan umat Islam. Membuktikan sebuah parti biadap, tidak mengenang budi.

“Bukan baru dalam arena politik, tetapi masih tidak kenal identiti negara yang berteraskan Melayu dan Islam. Mengecewakan!,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon mendakwa kontroversi berkaitan arak jenama ‘Timah’ adalah permainan parti dan ahli politik untuk meraih sokongan yang akhirnya bertukar menjadi sandiwara politik yang tiada berkesudahan serta telah mengorbankan kebebasan rakyat Malaysia.

“Andainya Timah akhirnya menukar nama dan gambarnya, ia akan menjadi detik tewasnya logik dan pemikiran rasional kepada sandiwara dan muslihat politik, Malaysia akan menjadi bahan jenaka di seluruh dunia,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button