Berita Utama

12 terkorban insiden letupan di lapangan terbang Aden

Letupan dipercayai berpunca daripada sebuah trak kecil

ADEN, 24 Rabiulawal 1443H, Ahad – Satu letupan berlaku berdekatan pintu ke lapangan terbang antarabangsa bandar pelabuhan selatan Yaman, Aden, mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang.

Menurut pegawai lapangan terbang, sebuah trak kecil meletup di pintu pagar luar lapangan terbang pada Sabtu, manakala sumber keselamatan berkata, kenderaan itu membawa produk petroleum.

Letupan kuat itu kedengaran di seluruh bandar sehingga mengakibatkan tingkap rumah penduduk pecah.

“12 orang awam terbunuh dalam satu letupan di sekitar lapangan terbang Aden dan terdapat kecederaan serius,” kata seorang pegawai kanan keselamatan yang enggan didedahkan.

Punca letupan tidak diketahui.

Awal bulan lalu, serangan bom kereta di Aden menyasarkan konvoi membawa gabenor bandar itu membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan ramai yang lain.

Ketidakstabilan di selatan menyukarkan usaha damai yang diketuai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menamatkan perang di Yaman, yang telah membunuh puluhan ribu nyawa dan menyebabkan 80 peratus penduduk memerlukan bantuan.

PBB menyifatkan keadaan di Yaman sebagai bencana kemanusiaan terburuk di dunia. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button