Berita Utama

95.5 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

97.7 peratus individu pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin

KUALA LUMPUR, 24 Rabiulawal 1443H, Ahad – Sebanyak 22,348,481 individu atau 95.5 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sejumlah 97.7 peratus atau 22,866,371 individu pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sebanyak 75,874 dos vaksin harian diberikan semalam melibatkan golongan dewasa dan remaja, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,012,681 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 2,063,107 individu atau 65.5 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 83 peratus atau 2,612,639 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 Sept.

Dalam pada itu, sejumlah 20,370 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 291,409 dos. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button