Dunia

Hibatullah Akhundzada muncul di khalayak ramai

Pemimpin tertinggi Taliban tak pernah kelihatan walau berjaya ambil alih kuasa

KABUL, 24 Rabiulawal 1443H, Ahad – Pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada membuat kemunculan pertamanya di khalayak ramai, umum para pegawai selepas beliau berucap pada penyokong di bandar Kandahar di selatan Afghanistan.

Sebelum ini, kelibat Hibatullah masih tidak kelihatan walaupun Taliban sudah mengambil alih kuasa pentadbiran di Afghanistan sejak pertengahan Ogos lalu.

Sikap rendah diri beliau telah menimbulkan spekulasi mengenai peranannya dalam kerajaan baru Taliban serta khabar angin mengenai kematiannya.

Sabtu lalu, beliau melawat madrasah Darul Uloom Hakimah untuk ‘bercakap dengan tentera dan pengikutnya yang berani’, menurut pegawai Taliban.

Terdapat kawalan keselamatan yang ketat pada majlis itu dan tiada foto ataupun video, bagaimanapun rakaman audio selama sepuluh minit dikongsi di akaun media sosial Taliban.

Beliau mendoakan untuk pejuang Taliban yang meninggal dunia, termasuk mereka yang cedera dan kejayaan pegawai kerajaan Emiriah Islam dalam ‘ujian besar’ ini.

Hibatullah dilantik sebagai pemipin Taliban dalam peralihan kuasa yang pantas selepas serangan dron Amerika Syarikat (AS) pada 2016 membunuh bekas pemimpin kumpulan itu, Mullah Akhtar Mansur. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button