Pendapat

Arak: Ultra kiasu tak faham atau sengaja sakitkan hati umat Islam?

Atas nama Keluarga Malaysia kerajaan wajar bertindak tegas

KENAPA ultra kiasu tidak pernah serik mencabar maruah Melayu Islam. Tidak pernah faham cara hidup pribumi Melayu Islam meskipun telah mendatangi tanah Melayu begitu lama. Bagaimana nak hidup aman kalau perangai sebegini.

Terbaharu, pemimpin ultra kiasu membangkitkan kontroversi isu arak berjenama ‘Timah’. Antara lain katanya, arak memang diharamkan dalam Islam, sudah jelas. Tetapi itu bukan bermakna orang Islam tidak boleh pandang, dengar, pegang atau membawa arak. Itu bukan bermakna juga orang Islam tidak boleh bekerja di syarikat atau kilang mengeluarkan dan menjual arak. Jika orang Islam tidak dibenarkan bekerja berkaitan arak, bagaimana mereka boleh bekerja. Siapa yang akan bantu mereka mencari kerja?

Seorang pimpinan ultra kiasu lain menyokong pemimpin seangkatannya turut bersetuju dan mengharapkan syarikat arak yang telah bersetuju untuk tidak menggunakan label Timah, menarik balik keputusan tersebut. Pemimpin ultra kiasu ini memberi amaran, sanggup menderma RM1,000 di samping memulakan kempen dana guaman untuk membiayai kos guaman bagi syarikat itu mempertahankan hak menggunakan nama dan imej jenama pada label arak tersebut. Tidak cukup dengan itu, beliau seakan memberi amaran: “Jika Winepack mengalah, saya akan boikot nama dan label baru.”

Sejak bila pula ultra kiasu ini minum arak Timah? Setahu saya, ultra kiasu kurang berminat dengan arak tempatan. Arak ‘Timah’ ini masih baharu. Tiba-tiba bila Timah menjadi kontroversi terus mengaku selalu minum arak Timah.

Seperti mana diketahui, hasil rundingan dengan pihak kerajaan, wakil Syarikat Winepark Corporation (M) Sdn Bhd selaku pengeluar arak Timah telah bersetuju untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah mereka bagi menukar nama dan imej jenama pada label arak tersebut.

Pertama kali saya menggunakan istilah membabikan orang kerana kadang kala saya lihat binatang babi lebih berguna daripada manusia. Kalau nak dibandingkan antara mudarat babi dengan arak, sudah tentu arak lebih mudarat walaupun kedua-duanya haram. Babi tidak menimbulkan masalah sangat berbanding arak. Pun begitu, penternakannya, biarlah berpada-pada.

Ultra kiasu ini faham arak itu haram di sisi Islam. Kefahaman dia hanya sebagai makanan masuk ke perut. Bekerja, membawa dan menjual tidak menjadi masalah.

Difikirkan secara mendalam, macam mana perkara semudah ini dia tidak faham. Kalau bukan sengaja mahu menyakitkan hati kita sebagai umat Islam.

Macam babilah contoh yang senang diceritakan. Babi hukumnya haram dimakan. Soal pandang dan dengar pasal babi tak ada masalah sebab babi adalah makhluk Allah.

Bagi tujuan kerja dan mencari wang, pada ultra kiasu babi hanya haram dimakan, tetapi menternak, bekerja di ladang babi dan menjual babi boleh. Jika tidak, macam mana nak dapat kerja. Siapa yang akan dapatkan kerja lain untuk orang Islam.

Pernyataan ini teramat bodoh, teramat menghina dan sengaja dilakukan.

Sayang sekali ISA sudah tiada, jika tidak kita humbankan ultra kiasu ini ke Kamunting.

Saya hairan, sekian lama ultra kiasu ini mendatangi alam Melayu, tinggal di sini sehingga negara mencapai kemerdekaan ke-64, isu-isu sensitif terus menerus dibangkitkan, mencabar maruah orang Melayu. Ini bukan pertama kali, malah berkali-kali.

Patutkah kita biarkan? Ia memang sengaja dilakukan untuk menguji tahap kesabaran kita. Tidakkah kesabaran kita ada had?

Sudah sampai masanya pihak berkuasa kerajaan bertindak tegas, atas nama Keluarga Malaysia. Orang sebegini tidak boleh dilayan secara berlembut lagi kerana akan merosakkan matlamat keluarga Malaysia tersebut.

Justeru, apa yang perlu dilakukan terhadap ultra kiasu ini?

Pertama, dakwa segera ultra kiasu ini. Mereka tidak boleh dibiarkan terus menghasut rakyat. Syarikat arak itu sendiri, setelah dirasionalisasikan pun telah menerima keputusan kerajaan. Tiba-tiba beberapa pemimpin ultra kiasu bangun memberontak. Malah sanggup menderma RM1,000 untuk biayai syarikat arak tersebut bagi kos guaman. Jika syarikat arak tersebut menolak dia akan kempen boikot.

Kedua, campur tangan yang sangat ketara dalam perkara berkaitan dengan agama Islam, sedangkan kita tidak pernah campur tangan dalam urusan agama bukan Islam. Kenapa kita biarkan ultra kiasu begitu celupar bercakap tentang agama Islam, yang mereka tidak faham. Sedangkan umat Islam tidak pernah celupar dan campur tangan dalam hal ehwal agama mereka, meskipun kita tahu serba sedikit tentang agama mereka.

Lebih serius lagi, belanjawan 2022, berkaitan dengan peruntukan institusi dan kegiatan Islam pun dipertikaikan, sedangkan ia adalah hak yang sedia termaktub dalam Perlembagaan. Paling sadis apabila ultra kiasu Melayu turut sama mempertikaikan. Sudah tentu ultra kiasu arak ini semakin naik tocang.

Cuba kita sentuh sikit pasal agama mereka, kita dituduh macam-macam, rasis, Taliban, ektremis dan lain-lain. Tetapi apabila mereka campur tangan dan hina agama Islam, kita membiarkan, seolah-olah itu dikatakan hak. Tindakan sebegini perlu segera diperbetulkan sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku.

Ketiga, ultra kiasu ini, tidak boleh dibiarkan terus menghasut rakyat Malaysia. Jika syarikat pengeluar arak ini sudah bersetuju, apa yang menyebabkan ultra kiasu mengelupur. Kita bukan menafikan hak mereka, tetapi berpada-pada. Apakah ini negara Islam ini diakhirnya nanti tidak dikenali sebagai pengeluar makan halal, tetapi lebih terkenal dengan makanan atau kegiatan haram, termasuk judi? Pusat judi di Genting Highland sahaja terbesar di Asia.

Hak dan kebebasan apa lagi yang ultra kiasu ini mahu? Justeru, saya berharap kerajaan bertindak segera terhadap pemimpin ultra kiasu ini.

Jika mereka terus menerus mencabar perkara sensitif berkaitan dengan agama ini, saya bimbang kesabaran umat Islam ini ada had. Ia akan merosakkan imej keluarga Malaysia yang digagaskan.

Terkadang-kadang, terfikir juga, apa juga gagasan atau konsep, seperti 1Malaysia, Keluarga Malaysia dan sebagainya yang akan muncul, kita ingatkan menguntungkan Islam, sebenarnya tidak. Gagasan demi gagasan semakin merugikan Islam.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button