Berita Utama

22,361,734 populasi dewasa lengkap divaksin

97.7 peratus individu telah terima satu dos vaksin

KUALA LUMPUR, 25 Rabiulawal 1443H, Isnin – Kadar populasi dewasa di negara ini yang lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 meningkat kepada 22,361,734 individu setakat 11.59 malam tadi, berbanding 22,348,481 pada Sabtu.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sejumlah 22,872,309 atau 97.7 peratus individu pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sebanyak 63,489 dos vaksin harian diberikan semalam melibatkan golongan dewasa dan remaja, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,076,170 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 2,091,464 individu atau 66.4 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 83 peratus atau 2,612,742 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 Sept.

Dalam pada itu, sejumlah 16,244 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini 307,653 dos. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button