Berita UtamaDunia

7,000 kakitangan kesihatan Singapura dibenar bertudung

Bekalan tudung khas bagi kegunaan jururawat habis bekalan

 

SINGAPURA, 25 Rabiulawal 1443H, Isnin – Kesemua 11 farmasi di hospital dan poliklinik kendalian SingHealth yang menjual tudung khas berdepan masalah kehabisan bekalan berikutan kebenaran pemakaian tudung dalam kalangan jururawat tidak lama lagi.

Menurut SingHealth, tudung berkenaan mula berada di pasaran pada 28 Oktober lalu selepas direka khas untuk kakitangan beragama Islam.

SingHealth terdiri daripada lapan poliklinik, lima pusat perubatan, tujuh hospital masyarakat serta awam termasuk Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital KK Bagi Wanita Dan Kanak-Kanak (KKH) merupakan kelompok jagaan kesihatan yang mengeluarkan tudung rekaannya sendiri.

Lebih 7,000 kakitangan kesihatan wanita muslim dalam sektor perubatan awam di negara ini dibenarkan memakai tudung sebagai mentaati perintah agama.

Kelompok Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) yang terdiri daripada Hospital Besar Ng Teng Fong, Hospital Alexandra dan Hospital Masyarakat Jurong bakal mengeluarkan tudung rekaannya sendiri tidak lama lagi.

Bagaimanapun, NUHS belum lagi mendedahkan tarikh jualan tudungnya tetapi berjanji akan ditawarkan dalam bulan ini yang terdapat dalam tiga warna iaitu biru, hitam dan kelabu.

Kumpulan Jagaan Kesihatan Kebangsaan (NHG) pula yang terdiri daripada Hospital Tan Tock Seng, turut memberi kebenaran kepada kakitangannya mengenakan tudung dan memenuhi garis pandu yang ditetapkan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button