Berita UtamaDunia

‘Joker’ serang penumpang kereta api

17 cedera, seorang kritikal selepas ditikam

TOKYO, 25 Rabiulawal 1443H, Isnin – Seorang lelaki berusia 24 tahun yang memakai kostum Joker menyerang penumpang di laluan kereta api Tokyo pada petang Ahad.

Dilaporkan kira-kira 17 penumpang cedera dalam serangan itu, dan seorang lelaki dipercayai berusia 60-an tidak sedarkan diri dan kritikal selepas ditikam.

Saksi berkata, penyerang juga mencurahkan cecair di sekitar kereta api dan memulakan kebakaran.

Satu video yang dimuat naik di Twitter menunjukkan orang awam melarikan diri dari kereta api sebelum kebakaran tercetus.

Sebuah lagi video menunjukkan penumpang bergegas keluar dari tingkap kereta api dan menuju ke platform.

Serangan berlaku di laluan ekspres Keio menuju ke Shinjuku, stesen kereta api paling sibuk di dunia, pada kira-kira jam 8 malam waktu tempatan.

Polis menahan suspek penyerang di tempat kejadian, lapor media.

Media tempatan melaporkan, suspek memberitahu pihak berkuasa dia ‘mahu membunuh orang supaya boleh dijatuhkan hukuman mati’. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button