Berita Utama

Kelantan laksana undang-undang jenayah Syariah bermula hari ini

Bertujuan mendidik dan menepati perintah agama, jadikan syariat Islam sebagai panduan kehidupan.

 

BANGI, 25 Rabiulawal 1443H, Isnin – Usaha kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam dengan menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 akhirnya berjaya direalisasikan bermula hari ini.

Pelaksanaan enakmen itu dibuat selepas mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

“Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 telah memilih kaedah pelaksanaan hukuman retributif (hukuman setimpal dengan kesalahan) dan restoratif (hukuman bersifat pemulihan) untuk memulih dan memberi kesedaran kepada pesalah syariah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penerangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 secara dalam talian menerusi laman Facebook rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik), hari ini.

Undang-undang itu, tegas beliau bertujuan mendidik dan menepati perintah agama dan menjadikan syariat Islam sebagai panduan kehidupan.

Sejak PAS diberi mandat mentadbir Kelantan pada tahun 1990, pelbagai usaha dijalankan bagi merealisasikan impian melaksanakan undang-undang Islam di negeri ini.

“Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-undang Jenayah Syariah pada tahun 1993 sebelum diwujudkan Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993.

“Bagaimanapun, enakmen edisi 1993 tidak dapat dikuatkuasakan atas sebab dan halangan tertentu,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button