Berita UtamaDunia

19 terbunuh serangan letupan terbaharu di Afghanistan

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab, namun Daesh didakwa lakukan serangan

KABUL, 26 Rabiulawal 1443H, Selasa – Beberapa letupan menggegarkan ibu negara Afghanistan, menyebabkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan puluhan yang lain cedera.

Serangan berlaku ketika negara yang dilanda perang itu terus bergelut dengan cabaran keselamatan baharu.

Dua serangan kuat berturut-turut dilaporkan berlaku di pintu masuk Hospital Sardar Mohammad Daud Khan yang mempunyai 400 katil – hospital tentera terbesar di negara itu – di kawasan Wazir Akbar Khan di tengah Kabul.

Letupan it, diikuti dengan tembakan secara rawak, membawa kepada huru-hara di dalam dan di luar hospital yang sibuk.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Qari Saeed Khosty mengesahkan sekurang-kurangnya 43 cedera dalam serangan berkenaan.

Jumlah mangsa mungkin meningkat kerana ramai yang dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal, kata laporan agensi berita.

Khosty memaklumkan, pasukan khas Taliban telah bergegas ke tempat kejadian bagi memastikan keadaan terus terkawal.

Bagaimanapun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab, tetapi menurut Agensi Berita Bakhtar yang berpangkalan di Kabul, sebilangan pengganas Daesh telah memasuki hospital dan bertempur dengan pasukan keselamatan.

Hospital itu pernah diserang pengganas pada 2017, apabila lelaki bersenjata yang menyamar sebagai kakitangan perubatan membunuh sekurang-kurangnya 30 orang.

Terdapat beberapa siri serangan keganasa di seluruh Afghanistan beberapa minggu kebelakangan ini, kebanyakannya didakwa dilakukan kumpulan pengganas Daesh, yang terbabit dalam persaingan kuasa yang sengit dengan Taliban.

Serangan hari ini adalah yang paling teruk sejak pengeboman berkembar di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul akhir Ogos, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 175 orang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button