Berita UtamaDunia

Australia buka sempadan antarabangsa selepas 20 bulan ditutup

47,000 warga dijangka masuk dalam masa terdekat

MELBOURNE, 26 Rabiulawal 1443H, Selasa – Australia secara rasmi membuka sempadan antarabangsa – selepas 20 bulan ditutup – sekali gus membenarkan orang awam yang lengkap divaksin melakukan perjalanan.

Penerbangan Qantas Airways dari Los Angeles mendarat di Sydney jam 6 pagi semalam – antara pesawat pertama yang membenarkan penduduk Australia yang divaksin keluar tanpa perlu menjalani kuarantin.

Penumpang antarabangsa menjadi pelawat pertama tiba di Sydney melalui Singapore Airlines.

Walaupun penerbangan awal terhad kepada warganegara Australia, penduduk tetap dan keluarga terdekat, negara ini sudah bercadang untuk membuka semula sempadan kepada pelancong dan pekerja antarabangsa.

Warga Australia dan penduduk tetap yang tinggal di luar negara kini boleh kembali semula tanpa kawalan, dengan data Kementerian Luar menunjukkan kira-kira 47,000 bakal memasuki negara dalam masa terdekat.

Bermula 21 November ini, penduduk Singapura juga berpeluang ke ke Australia, tanpa menjalani kuarantin. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button