Berita Utama

Gerakan Hartal Doktor Kontrak rancang bantahan sekali lagi

Dakwa kerajaan tiada langkah bertanggungjawab selesai masalah

KUALA LUMPUR, 26 Rabiulawal 1443H, Selasa – Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) akan mengadakan satu lagi bantahan selepas mendakwa Bajet 2022 tidak menyelesaikan masalah berhubung isu yang dituntut.

Sekretariat gerakan itu berkata, isu doktor kontrak dan masalah dalam sistem penjagaan kesihatan tidak dipandang serius oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

“Gerakan Hartal Doktor Kontrak percaya kerajaan tiada langkah bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah ini.

“Tawaran yang diberikan tidak masuk akal dan hanya membuang masa,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Twitter.

Selain itu, katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) langsung tidak memberikan sebarang bantahan kepada Kementerian Kewangan (MoF) berkenaan isu ini bagi membela hak para doktor kontrak. 

“Lima tahun dalam perbincangan, mash tiada

penyelesaian. Janji lantikan tetap dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang seringkali diuar-uarkan hanyalah umpan supaya kami berhenti bersuara. 

“Setelah 2 tahun doktor kontrak berhempas pulas melawan COVID-19, pengorbanan mereka tetap tidak dihargai.

“Dengan ini kami dari Gerakan HDK mengisytiharkan Hartal Doktor Kontrak 2.0 akan dilaksanakan sebagai tanda protes,” katanya.

Menerusi Bajet 2022, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk menaja 3,000 pegawai perubatan dan pergigian kontrak untuk mengikuti latihan kepakaran serta melanjutkan kontrak mereka daripada dua hingga empat tahun.

Pada 26 Julai, Hartal Doktor Kontrak telah mengadakan mogok di seluruh negara bagi menggesa kerajaan menawarkan doktor kontrak tawaran yang lebih baik serta jawatan tetap.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button