Berita UtamaDunia

Keganasan makin memuncak, rejim Israel culik penduduk Palestin tanpa sebab

Bantah pembinaaan penempatan haram tentera Zionis

RAMALLAH, 26 Rabiulawal 1443H, Selasa ¬ Penduduk Palestin terus berada dalam ketakutan apabila diserang pengganas Israel walaupun tidak melakukan sebarang kesalahan.

Terbaharu, kira-kira 17 penduduk termasuk seorang professor universiti dan dua petugas media di Ramallah menjadi mangsa penculikan tentera negara haram.

Di Hebron, pasukan tentera menggeladah kediaman milik pensyarah Universiti Hebron, Huthayfa Jabari dan menculiknya tanpa alasan kukuh.

Selain itu, penduduk di kampung Ni’lin di barat Ramallah juga diserang tentera Zionis sekitar jam 4 pagi dan menculik lima penduduk termasuk dua bekas banduan.

Menurut sumber dalaman, tentera berkenaan mengepung beberapa rumah dan bertindak ganas dengan menendang pintu selain menggeladah kediaman berkenaan.

Puluhan remaja kini juga ditahan dan diugut akan berdepan dengan kekerasan sekiranya mereka terus memprotes, kesemua remaja tidak bersalah itu dibawa ke pangkalan tentera.

Keganasan berterusan sejak awal tahun lalu dan tertumpu untuk menghentikan pembinaan penempatan Israel di beberapa kawasan.

Keganasan semakin memuncak sejak apabila pencerobohan tanah di Kawasan Gunung al-Alem untuk pembinaan penempatan tentera. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button