Berita UtamaDunia

AS tak bimbang konflik fizikal dengan China

Ketegangan meningkat ekoran isu Taipei, Laut China Selatan

WASHINGTON, 27 Rabiulawal 1443H, Rabu – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyatakan bahawa beliau tidak bimbang tentang kemungkinan berlakunya konflik fizikal dengan China berikutan ketegangan yang meningkat antara dua negara itu.

“Adakah saya bimbang tentang konflik bersenjata atau sesuatu yang berlaku secara tidak sengaja dengan China? 

“Tidak, saya tidak bimbang,” kata pemimpin Demokrat itu pada sidang akhbar penutupnya di sidang kemuncak COP26 di Edinburgh, Scotland.

Beliau membuat kenyataan itu di tengah-tengah ketegangan antara Washington dan Beijing berhubung pelbagai isu, termasuk Taipei, Laut China Selatan termasuk keselamatan siber.

Presiden AS itu menegaskan bahawa beliau telah menjelaskan idea itu kepada rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping.

“Tiada sebab perlu ada konflik. Tetapi saya juga telah menyatakan kepadanya, jadi saya tidak keberatan untuk menyatakannya secara terbuka, bahawa kami mengharapkan dia bermain mengikut ‘peraturan jalan raya’,” kata Biden.

AS dan China dalam beberapa bulan kebelakangan ini meningkatkan perang mulut mereka dalam isu Taipei. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button