Berita Utama

BN dijangka lancar manifesto hujung minggu ini

Senarai segala pencapaian di Melaka sejak Mac tahun lalu

MELAKA, 27 Rabiulawal 1443H, Rabu – Barisan Nasional (BN) bakal melancarkan manifesto parti selewat-lewatnya hujung minggu ini bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November nanti.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, semua pencapaian kerajaan diterajui BN turut akan disenarai dalam manifesto tersebut.

“Kita akan lancarkan tidak lama lagi dan antara pengisiannya ialah kejayaan BN mentadbir Melaka sejak Mac tahun lalu.

“Ini termasuk kejayaan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, menyelesaikan isu catuan bekalan air yang ditinggalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya seperti dilapor BH Online.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, manifesto BN pada PRN Melaka signifikan buat rakyat.

Beliau yang juga Presiden UMNO turut meminta jawatankuasa yang menguruskan hal ehwal manifesto ini untuk melakukan sebaiknya demi kepentingan rakyat di negeri ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button