Berita Utama

‘Kami dengar nasihat ‘Pak cik Google’ sertai sukarelawan Yayasan Ikhlas’

'Dalam hati, saya doakan kebaikan buat Agnes dan Wong'

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 21 Jamadilawal 1443H, AhadAtas dasar solidariti dan tanggungjawab sosial, ribuan sukarelawan kini bertungkus-lumus membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan terjejas.

Operasi membersih lumpur dan membuang segala harta yang musnah di ‘makan’ air banjir bukanlah kerja menyoronokkan, lagi-lagi hati sedih mengenang perjalanan kehidupan hari-hari mendatang.

Namun, kerja gotong-goyong yang dijalankan beramai-ramai pasti meringankan beban mangsa banjir yang hampir seminggu berdepan detik menyedihkan.

Tidak ketinggalan, Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkongsi pengalaman bersama ratusan sukarelawan lain yang terlibat operasi pasca banjir di Hulu Langat, Selangor.

“Seusai menunaikan kerja-kerja di hospital dan di kampus universiti, saya mengambil peluang untuk menyertai pasukan sukarelawan untuk memberikan khidmat bakti,” katanya.

Menceritakan pengalamannya, beliau diperkenalkan dengan Wong – pelajar Universiti Malaya dalam bidang Business Administration, berasal dari Sungai Petani dan Agnes, seorang eksekutif swasta di Petaling Jaya.

“Apabila ditanya bagaimana anak muda itu boleh menyertai pasukan relawan Yayasan Ikhlas?

“Wong secara ringkas menjawab, dia hanya mendengar nasihat Pak cik Google!”

Jawapan itu hanya disambut gelak ketawa semua yang ada di kawasan tersebut.

“Tidakkah Pak cik Google menyenaraikan lebih banyak nama NGO atau badan kemanusiaan yang lebih besar,” soal saya.

Namun Wong menjelaskan ‘Pak cik Google’ hanya menyenarikan MUDA yang dipimpin YB Syed Saddiq dan Yayasan Ikhlas.

“Kalau macam tu, kenapa tak join MUDA yang pastinya ramai anak muda,” soal saya lagi.

Soalan itu dijawab ikhlas daripada anak muda yang yang menyatakan dia tidak bersedia dan percaya dengan agenda orang politik.

Malah, Wong kali ini kelihatan bertegas dan menyatakan, dia tidak mahu terlibat dengan permainan politik dan lebih selamat dengan NGO.

“Tidak, memang Pak Cik Google cadangkan Yayasan Ikhlas selepas MUDA, katanya cuba meyakinkan saya.

Jawapan itu ternoktah disitu sahaja sebelum meneruskan kerja-kerja pembersihan.

Biar pun kepenatan, Wong dan Agnes kelihatan gembira kerana dapat membantu membersihkan rumah En Fadhli (mangsa) sehingga boleh diduduki semula setelah ditenggelami banjir sehingga ke atap dan berselut sehingga ke betis.

Sebelum bersurai, Wong dan Agnes mengajak berfoto kenangan bersama dan bertekad untuk menyertai aktiviti kesukarelawanan bersama Yayasan Ikhlas.

Sebelum meninggalkan operasi, Dr Zainur Rashid mendoakan semoga kebaikan yang dihulur dua anak muda berbangsa Cina itu diganti dengan pahala.

“Dalam hati, saya doakan kebaikan buat Agnes dan Wong,” bisiknya.

Malah, sepanjang lima hari terlibat kerja-kerja sukarelawan hampir 750 orang telah mendaftarkan diri sebagai sukarelawan Yayasan Ikhlas.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button