Berita UtamaDunia

Lagi serangan udara negara haram Israel ke atas Syria

Sasar kedudukan tentera, depot senjata

KAHERAH, 27 Rabiulawal 1443H, Rabu – Serangan udara negara pengganas Israel ke atas Syria seolah-olah tidak berkesudahan.

Terbaru, negara haram itu melancarkan beberapa serangan peluru berpandu – menyasarkan kawasan di pinggir ibu kota Syria Damsyik – lapor TV kerajaan Syria hari ini memetik sumber tentera.

Agensi berita negara Syria SANA mengesahkan serangan itu dan berkata, ia hanya menyebabkan kerosakan material.

“Israel melakukan pencerobohan udara dengan serangan beberapa peluru berpandu,” katanya yang turut menyebut kawasan menjadi sasaran sebagai Zakia.

Tiada komen segera daripada Israel berhubung serangan itu.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain berkata, sasaran menyasarkan kedudukan tentera dan depot senjata milik pejuang yang disokong Iran.

Sabtu lepas, Israel melancarkan peluru berpandu ke arah pinggir ibu kota Syria, namun dipintas oleh pertahanan udara negara itu

Pada 14 Oktober lalu, serangan udara Israel ke atas kedudukan Iran di tengah Syria membunuh sembilan pejuang yang bersekutu dengan kerajaan Syria.

Serangan itu berlaku beberapa hari selepas Syria mendakwa Israel melakukan serangan di selatan negara itu.

Israel – yang bimbang dengan pengaruh kawasan Iran semakin meningkat dan kehadiran tentera di Syria – telah melancarkan ratusan serangan di negara itu sejak beberapa tahun tetapi jarang mengakui atau membincangkan operasi sedemikian.

Serangan ke atas Syria kebiasaan berlaku pada waktu malam.

Israel mengakui pihaknya menyasarkan pangkalan, konvoi senjata dan kemudahan yang dikaitkan dengan militia bersekutu Iran, seperti kumpulan Hizbullah Lubnan.

Ia juga menyasarkan penghantaran senjata dipercayai untuk kumpulan itu.

Hizbullah berperang di pihak tentera Presiden Syria, Bashar al-Assad dalam perang saudara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button