Berita UtamaDunia

Penduduk Sheikh Jarrah tolak tawaran Israel, enggan bayar sewa kepada penceroboh Yahudi

Syarikat Nahalat Shimon milik Yahudi jadi pemilik hartanah jika tawaran dipersetujui

BAITULMAQDIS, 27 Rabiulawal 1443H, Rabu – Keluarga Palestin yang berdepan tindakan pengusiran dari rumah mereka di kejiranan Sheikh Jarrah, Baitulmaqdis, hari ini menolak tawaran mahkamah Israel untuk memberikan status ‘kediaman dilindungi’.

Di bawah tawaran itu, dinyatakan bahawa jika mereka membayar sewa kepada organisasi penceroboh yang menuntut tanah di mana rumah penduduk Palestin dibina, hartanah tersebut tidak akan dirobohkan, kata salah seorang ahli keluarga.

“Rakyat Sheikh Jarrah menolak cadangan penyelesaian itu,” kata ahli keluarga dan aktivis media sosial, Mohammed El-Kurd.

Mahkamah Tinggi Israel (HCJ) membuat tawaran itu bulan lalu, dengan media Israel menyebutnya sebagai ‘kompromi’.

Rakyat Palestin, bagaimanapun, enggan bersetuju dengan keputusan yang akan menyebabkan tanah dan rumah mereka diambil serta diserahkan kepada kumpulan penceroboh.

Keputusan itu akan menyenaraikan syarikat Nahalat Shimon milik Yahudi sebagai pemilik hartanah dan tiga keluarga Palestin akan dipaksa membayar sewa dua tahun sekali dalam jumlah 2,400 shekel (AS$743).  

Keluarga Palestin juga perlu membayar kos perundangan dan mahkamah dalam jumlah 30,000 shekel (AS$9,282) kepada syarikat Nahalat Shimon.  

Mahkamah menambah bahawa dalam tempoh 15 tahun, isu pemilikan tanah boleh diadili. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button