Berita UtamaDunia

Biadab! Israel roboh masjid atas alasan dibina tanpa permit

Tentera pendudukan haram turut musnahkan jalan pertanian

TEBING BARAT, 28 Rabiulawal 1443H, Khamis – Pihak berkuasa penempatan Israel merobohkan sebuah masjid di bandar Duma, Nablus, selatan Tebing Barat yang diduduki.

Pegawai yang memantau penempatan kolonial di utara Tebing Barat, Ghassan Daghlas memberitahu WAFA bahawa tentera Israel mengiringi jentolak ke dalam bandar dan merobohkan sebuah masjid pagi tadi.

Masjid yang terletak di kawasan Abu Saifi itu dibina dua tahun lalu.

Daghlas berkata, tentera pendudukan turut memusnahkan jalan pertanian di selatan bandar itu.

Tindakan negara pengganas berkenaan mendapat kecaman Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama.

Kementerian menyifatkan tindakan tersebut pencerobohan yang jelas terhadap tapak suci umat Islam dan provokasi terhadap sentimen.

Tentera Israel mendakwa masjid itu dibina tanpa permit dari Pejabat Pentadbiran Awam – cawangan pentadbiran pendudukan haram Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button