Berita UtamaDunia

Ikrar India, China mampu kurangkan pemanasan global di bawah 2 darjah Celcius

Dunia punyai peluang baik hadkan pemanasan jika 194 negara penuhi janji

GLASGOW, 28 Rabiulawal 1443H, Khamis – Ikrar iklim baharu yang dibuat oleh China dan India – antara tiga pengeluar utama gas rumah hijau yang memanaskan planet – buat pertama kalinya dalam dunia akan mengurangkan pemanasan planet kepada di bawah 2 darjah Celcius.

Penyelidikan yang diterbitkan pada hari Rabu (3 November) oleh Climate Resource – sebuah syarikat permulaan penyelidikan yang berpangkalan di Melbourne – menunjukkan bahawa jika semua 194 negara memenuhi janji yang mereka buat di bawah Perjanjian Paris, dunia mempunyai peluang yang baik untuk mengehadkan pemanasan kepada 1.9 darjah Celcius melebihi tahap pra-industri.

Ini adalah dalam sasaran 2 darjah Celcius yang digariskan di bawah Perjanjian Paris 2015, tetapi masih kurang daripada ambang 1.5 darjah Celcius yang dikatakan oleh saintis iklim akan membantu negara mengelak daripada mengalami kesan iklim yang lebih teruk.

Setiap tahap pemanasan boleh meningkatkan keterikan impak iklim seperti kejadian cuaca ekstrem, kebakaran hutan dan ribut yang lebih kuat.

Para penyelidik dalam satu kenyataan berkata: “Perubahan utama yang akan membawa unjuran pemanasan di bawah penanda aras ketara 2 darjah Celcius ialah pengumuman baharu China (ikrar iklim) dan pengumuman baharu India pada COP26, kedua-duanya menampilkan sasaran pelepasan sifar bersih menjelang 2060 dan 2070.” 

Pada bulan Oktober, China – pengeluar gas rumah hijau terbesar di dunia – mengeluarkan rancangan nasionalnya yang memperincikan bagaimana ia bertujuan untuk mencapai kemuncak pelepasan karbon dioksida sebelum 2030 dan neutraliti karbon sebelum 2060. 

Ia melakukannya hanya beberapa hari sebelum perbincangan iklim COP26 bermula di Glasgow.

Bagi India, yang merupakan pengeluar ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat, Perdana Menterinya, Narendra Modi mengumumkan semasa COP26 bahawa negara itu akan menjadi neutral karbon menjelang tahun 2070 – menjadi yang terakhir daripada penyumbang karbon utama dunia yang mengumumkan pelepasan karbon sifar atau net zero emissions.

Modi juga mengumumkan bahawa intensiti karbon dalam sektor ekonomi India – jumlah barangan yang dihasilkan setiap unit tenaga – akan dikurangkan sebanyak 45 peratus menjelang 2030. Matlamat sebelumnya ialah 35 peratus.

Tambah penyelidik: “Secara keseluruhan, 11 negara mengemas kini sumbangan mereka yang ditentukan secara nasional sejak 18 Oktober, titik perbandingan sebelum COP26.”

Sumbangan yang ditentukan secara nasional merujuk kepada ikrar iklim yang dibuat oleh negara di bawah Perjanjian Paris, yang memerlukan ikrar baharu diserahkan setiap lima tahun. Pusingan pertama ikrar dibuat pada tahun 2015.

Persidangan tahun ini – yang ditangguhkan setahun kerana pandemik COVID-19 – menandakan pusingan kedua penyerahan ikrar dari negara. Negara-negara dijangka secara kolektif menjanjikan pengurangan pelepasan yang lebih bermatlamat tinggi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button