Dunia

Pesawat kargo terhempas di Russia ragut 7 nyawa

Punca nahas kemungkinan disebabkan cuaca buruk

MOSCOW, 28 Rabiulawal 1443H, Khamis – Sebuah pesawat kargo An-12 terhempas di wilayah Irkutsk Rusia pada Rabu, mengorbankan kesemua tujuh anak kapal.

Pesawat malang itu dalam perjalanan dari Yakutsk ke Irkutsk hilang daripada radar sebelum disahkan terhempas berhampiran lapangan terbang Irkutsk, lapor Agensi Berita Xinhua memetik TASS.

Antara yang maut dalam nahas itu dua warga Rusia dan dua warga Ukraine serta tiga rakyat Belarus.

Pesawat itu milik syarikat penerbangan Belarusia Grodno dan telah beroperasi sejak 1968.

Punca nahas kemungkinan disebabkan cuaca buruk, kecuaian manusia dan kerosakan teknikal termasuk kegagalan enjin akibat perlanggaran dengan burung. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button