Berita Utama

PH dijangka umum calon PRN Melaka esok

Seramai 28 calon bakal bawa cabaran PH rampas kerusi BN, PN

MELAKA, 28 Rabiulawal 1443H, Khamis – Calon Pakatan Harapan (PH) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka diumumkan esok.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan 28 calon yang bakal membawa cabaran PH untuk mengekalkan kerusi sedia ada, selain merampas kerusi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi PKR negeri, Datuk Gue Teck seperti dilapor BH Online berkata, lokasi serta waktu pengumuman masih dibincangkan antara PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP. 

Terdahulu, PH mengumumkan gabungan berkenaan telah selesai mengagihkan kerusi ditandingi komponennya dan sepakat menggunakan logo PH dalam PRN Melaka 20 November ini.

Anwar berkata, daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PKR akan bertanding di 11 kerusi, Amanah (9) dan DAP (8) kerusi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button