Berita Utama

Separuh kanak-kanak di Gaza perlukan sokongan psikologi

Lebih 2 juta penduduk di Semenanjung Gaza berdepan masalah ekonomi

GAZA, 28 Rabiulawal 1443H, Khamis – Lebih separuh kanak-kanak di Semenanjung Gaza memerlukan sokongan psikologi, menurut Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi Pelarian Palestin pada Rabu.

Pengarah operasi UNRWA di Gaza, Thomas White, berkata ini adalah akibat ketegangan yang berlaku pada Mei.

Beliau menjelaskan bahawa 9,090 kanak-kanak baru-baru ini mengalami masalah tingkah laku dan trauma dan telah menerima sokongan psikologi, lapor Agensi Berita Xinhua.

Katanya, ketegangan baru-baru ini telah menjejaskan kemajuan ekonomi di Gaza yang dijangka dicapai tahun ini di Gaza, dianggarkan pada 0.3 peratus.

“Keadaan hidup di Semenanjung Gaza adalah sukar, terutamanya akibat kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi,” kata White.

Lebih dua juta penduduk di Semenanjung Gaza berdepan masalah ekonomi akibat sekatan dikenakan Israel sejak 2007.

White berkata agensi PBB itu meneruskan usahanya berunding dengan penderma untuk memulakan proses pembinaan semula rumah pelarian Palestin dan Jerman telah bersetuju membantu.

Pada 10 Mei, Israel melancarkan serangan tentera selama 11 hari di Semenanjung Gaza, menyebabkan lebih 250 rakyat Palestin dan 13 warga Israel terbunuh selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran rumah dan infrastruktur. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button