Berita Utama

Tabung Haji tak pernah lantik ejen untuk percepatkan giliran

Pemilihan haji dibuat berdasarkan sistem pendaftaran

BANGI, 29 Rabiulawal 1443H, Jumaat – Tabung Haji (TH) tidak pernah melantik mana-mana pihak, organisasi atau orang perseorangan sebagai perantara, orang tengah atau ejen berkaitan tawaran haji atau pakej haji.

Ini susulan pihaknya menerima laporan daripada pendeposit bahawa mereka menerima tawaran dana haji melalui panggilan telefon bagi membolehkan mereka menunaikan haji dengan lebih cepat.

“Tabung Haji tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk urusan berkaitan haji, termasuk untuk mempercepatkan giliran.

“Pemilihan giliran menunaikan haji adalah berdasarkan sistem pendaftaran, yang mana yang mendaftar dulu, didahulukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, orang ramai dinasihat supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan sebarang bentuk tawaran membabitkan pakej haji, termasuk dana bagi mengerjakan haji.

Pada masa sama, pendeposit juga boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919 untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button