Berita UtamaDunia

Turki buka semula 10 sekolah perempuan di Afghanistan

Menteri Luar gesa Taliban terima semua parti, kumpulan

ANKARA, 29 Rabiulawal 1443H, Jumaat – Turki membuka semula 10 daripada 14 sekolah perempuan yang dikendalikan kerajaan Turki di Afghanistan, kata Menteri Luar, Mevlut Cavusoglu.

Ketika ini, Turki cuba membantu wanita Afghanistan melalui diplomasi – yang dikendalikan secara peribadi dengan delegasi Taliban yang melawat bulan lalu – menggesa Menteri Luar sementara, Amir Khan Muttaqi, menerima semua parti dan kumpulan di Afghanistan.

“Sudah tentu cadangan kami tidak mencukupi. Itulah sebabnya 10 daripada 14 sekolah yang ditadbir oleh Yayasan Maarif dibuka semula,” katanya ketika sidang mesyuarat Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian merujuk kepada yayasan dibiayai Turki yang mengendalikan kira-kira 80 sekolah di Afghanistan, 14 daripadanya untuk perempuan sahaja.

Turki kekal sebagai satu-satunya negara NATO yang mempunyai kedutaan yang berfungsi di Kabul selepas pengambilalihan Taliban awal tahun ini.

Cavusoglu berkata, Turki telah memberikan biasiswa kepada seorang pelajar perempuan Afghanistan yang mendapat tempat pertama dalam peperiksaan universiti Afghanistan.

“Selgey Ismail akan menerima latihan sekolah perubatan di Turki dengan biasiswa negara Turki. Kami dapatkan pasport untuknya daripada Taliban,” katanya.

Pada masa sama, Ankara juga telah menghantar bantuan kemanusiaan ke Kabul, terbaru 33 tan bantuan makanan.

“Kerja bantuan kami masih dijalankan,” katanya.

Afghanistan menghadapi kekurangan makanan akibat penarikan kebanyakan dana dan bantuan barat susulan pengunduran tentera pimpinan Amerika Syarikat (AS) dari negara itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button