Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

BN pertimbang penyandang digugur kerusi DUN sebagai calon Parlimen

Pendekatan baharu dan berani dalam memenuhi kriteria WALI yang diutarakan sebelum ini

 

MELAKA, 1 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang digugurkan atau tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini, akan dipertimbang bagi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah yang diambil BN ketika ini adalah satu pendekatan baharu dan berani, dalam memenuhi kriteria WALI (winnable, acceptable and likeable) yang diutarakan sebelum ini.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang digugurkan sudah memberi khidmat cemerlang kepada parti selama dua dan tiga penggal atau lebih. Kepada mereka ini, parti mengucapkan ribuan terima kasih dan diharap membantu calon baharu.

“Kepada mereka yang tidak dicalonkan, insya-Allah mereka akan dipertimbangkan pada masa depan atau bagi kerusi Parlimen pada PRU nanti. Apa yang lebih utama ialah memenangkan parti yang menaungi kita selama ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

 

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, BN mempertaruhkan 86 peratus calon muka baharu, di samping mengekalkan empat penyandang untuk PRN Melaka.

Beliau dipetik sebagai berkata, empat penyandang berkenaan ialah Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Exco Kesihatan dan Anti Dadah Datuk Rahmad Mariman, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Datuk Muhammad Jailani Khamis serta Datuk Zaidi Attan.

Tarikh mengundi PRN Melaka ditetapkan pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal 16 November.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran DUN pada 4 Oktober lepas susulan empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman sebagai Ketua Menteri Melaka, ketika itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button