Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Pelarian Rohingya ketakutan sering terima ancaman bunuh

'Mereka berani tembak mati pemimpin kami sesuka hati'

 

KUTUPALONG, 1 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – Beberapa kumpulan sukarelawan yang membela etnik muslim Rohingya kini ketakutan selepas menerima ancaman bunuh.

Ugutan berkenaan diterima susulan kes kematian aktivis, Mohib Ullah yang dibunuh oleh pembunuh upahan, dua bulan lalu.

Mohib yang merupakan pemimpin kepada 850,000 komuniti etnik Rohingya ditembak mati oleh empat penyerang ketika bercakap dengan pemimpin pelarian lain di luar pejabatnya selepas selesai solat Maghrib, 30 september lalu.

Kini semua pelarian dalam keadaan berjaga-jaga kerana bimbang kejadian sama berulang lagi.

Seorang etnik Rohingya yang dikenali sebagai Noor berkata, dia yakin akan ada lagi pembunuhan berlaku di penempatan mereka.

“Mereka berani menembak mati pemimpin kami sesuka hati,” katanya.

Noor berkata, dia percaya mereka yang dimaksudkan ialah anggota Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (ARSA), iaitu sebuah kumpulan pemberontak yang memerangi tentera Myanmar.

ARSA didakwa turut bertindak di sebalik gelombang pembunuhan dan aktiviti jenayah di kem pelarian.

Namun, pihak ARSA menafikan bertanggungjawab terhadap pembunuhan pemimpin yang kuat berjuang membela etnik berkenaan.

Aspek keselamatan oleh pihak berkuasa Bangladesh hanya berkuat kuasa pada siang hari, namun pada waktu malam penempatan itu dikuasai oleh kumpulan kongsi gelap didakwa dikaitkan dengan ARSA.

Kebanyakan Rohingya ‘menetap’ di kem itu sejak 2017 apabila mereka melarikan diri daripada serangan tentera yang kejam di Myanmar.

Mereka enggan pulang ke Myanmar sehinggalah hak dan keselamatan mereka terjamin, menyebabkan mereka kini terperangkap di pondok buluh tanpa mempunyai pekerjaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button